Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Beliau MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, Kuala Lumpur, hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Malaysia rayu tempoh gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan – PM Anwar

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 29 April: Malaysia telah mengemukakan rayuan kepada Myanmar untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata di negara itu yang dijadualkan berakhir pada esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar Mahn Win Khaing Than.

Anwar berkata, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedang memantau perkembangan di negara bergolak itu.

“Gencatan senjata adalah kritikal bagi memastikan bantuan kemanusiaan diberikan kepada semua. Tidak sepatutnya ada sebarang diskriminasi. Ia dipersetujui.

“Jadi kami telah menghantar satu lagi rayuan untuk lanjutkan gencatan senjata. Kita mahu mereka menghormati ini kerana jika tidak rakyat akan menderita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai pelanggaran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan berlaku antara kedua-dua pihak, Anwar menyifatkan tuduhan itu tidak berlaku dalam semua kes.

“Tuduhan kedua-dua pihak mengenai ketidakpatuhan kepada perjanjian gencatan senjata tidak berlaku dalam semua kes,”katanya.

Sebelum ini, Junta Myanmar mengumumkan lanjutan gencatan senjata sehingga susulan gesaan daripada kumpulan bantuan kemanusiaan dan pengantara antarabangsa yang memohon lebih masa bagi melancarkan usaha bantuan pasca bencana selepas gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda negara itu.

Sehingga kini, seramai 3,700 terkorban selain kemusnahan besar di kawasan tengah negara tersebut. -TVS

Tags: Anwar, myanmar

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan