Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni ditemui pada Majlis Jom Berambeh Ramah Tamah Aidilfitri 1446H / 2025M di Dewan Masyarakat Taman Sepakat Jaya di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Juadah raya boleh dijadikan perniagaan

KUCHING, 27 Apr: Penyediaan juadah Hari Raya Aidilfitri perlu dilihat dalam perspektif lebih luas agar dapat membantu masyarakat menjana pendapatan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, lazimnya kaum ibu akan menyediakan juadah istimewa.

“Walaupun ia (memasak) dianggap sebagai hobi, jika diusahakan secara lebih sistematik, mungkin boleh membantu menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Jom Berambeh Ramah Tamah Aidilfitri 1446H / 2025M di Dewan Masyarakat Taman Sepakat Jaya di Kuching pada Ahad.

Kira-kira 1,500 tetamu memeriahkan majlis tersebut yang dianjurkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Sepakat Jaya.

Dr. Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut menjelaskan, kepesatan teknologi masa kini juga dapat membantu memasarkan perniagaan.

“Kita di Demak Laut sebenarnya mengadakan banyak kursus sekali gus memberikan kemahiran baharu kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira wanita atau belia.

“Ini merupakan antara cara kami menggalakkan setiap lapisan masyarakat aktif dan menceburi bidang perniagaan walaupun hanya dijalankan di rumah,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan