Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Zaiton Yahaya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) di sini, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Platform Protect Now Hub terima 74,000 pengunjung sejak dilancar – Dr Zaiton

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 26 April: Platform Protect Now Hub yang dilhamkan oleh Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) telah menerima sebanyak 74,000 pengunjung sejak ia mula dilancarkan.

Setiausaha Kehormat MAC dan MAF, Dr Zaiton Yahaya berkata, angka tersebut menunjukkan permintaan yang memberangsangkan terhadap pendekatan pencegahan HIV dan AIDS melalui aplikasi digital.

Menurutnya, platform tersebut membolehkan pesakit mengakses perkhidmatan kesihatan yang mudah, selamat dan berorientasikan komuniti.

“Platform ini memberi akses segera kepada pelbagai perkhidmatan penting seperti PrEP (profilaksis pra-pendedahan), ujian kendiri HIV serta sokongan kesihatan mental dan pemulihan ketagihan.

“Pendekatan digital yang inklusif ini dapat memperkasa individu untuk membuat keputusan tepat mengenai kesihatan diri dan pada masa sama membebaskan mereka daripada stigma,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran MAC dan MAF di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Sektor HIV/STI/Hepatitis C Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Fazidah Yuswan, serta Timbalan Pengerusi Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Mengulas lanjut, Dr Zaiton menjelaskan bahawa Protect Now Hub dibangunkan hasil kerjasama pakar kesihatan awam, organisasi komuniti dan golongan belia, menjadikannya platform digital pencegahan HIV pertama seumpamanya di Malaysia.

Majlis turut meraikan kehadiran lebih 300 tetamu terdiri daripada pesakit HIV, aktivis komuniti, pengamal kesihatan dan rakan strategik yang menyokong misi mengakhiri AIDS di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan