Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr. Annuar Rapaee merasmikan Program Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit Pustaka Negeri Sarawak. Foto: TVS

Tabiat membaca cerminan pemikiran matang

KUCHING, 23 April: Tabiat suka membaca merupakan asas penting dalam usaha memperoleh ilmu pengetahuan yang bermanfaat, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee.

Menurut beliau, dalam dunia yang semakin pesat berubah, amalan membaca membuka pelbagai perspektif yang mampu membentuk kematangan pemikiran seseorang individu.

“Kita boleh lihat perbezaan dua individu atau pemimpin iaitu pemimpin yabg banyak membaca dan yang tidak membaca.

“Pemimpin yang banyak membaca akan memberikan banyak idea baharu dan seterusnya membawa kemakmuran serta kemajuan kepada negara manakala pemimpin yang kurang membaca hanya akan bercakap hal-hal retorik tanpa fakta dan inilah yang memberikan perbezaan besar antara kedua-dua jenis pemimpin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit Pustaka Negeri Sarawak di sini pada Rabu.

Tambah Dr. Annuar, perkembangan ilmu yang sentiasa bergerak pantas menuntut setiap individu untuk terus belajar dan membaca agar tidak ketinggalan.

“Tiada jalan pintas untuk menguasai ilmu baharu. Pembacaan bahan-bahan berkaitan adalah satu-satunya cara untuk benar-benar memahami sesuatu bidang secara mendalam,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan