Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee ketika berucap di Program Jom Membaca Bersama Untuk Minit Pustaka Negeri Sarawak. Foto TVS

Budaya membaca asas kemajuan negara – Roland Sagah

KUCHING, 23 April: Budaya membaca menjadi asas kepada kemajuan sebuah negara bagi melahirkan golongan berfikiran kritis, berpengetahuan luas serta memiliki idea-idea baharu.

Menteri Pendidikan,Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, masyarakat yang gemar membaca akan sentiasa berusaha mencari bidang ilmu baharu dan berinovasi yang seterusnya membawa kepada pembangunan ekonomi serta sosial yang mampan.

“Membaca bukan sahaja membantu individu untuk berkembang secara peribadi tetapi juga menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara keseluruhan.

“Dengan membaca, kita dapat memahami pelbagai perspektif, belajar dari pengalaman orang lain dan mengembangkan permikiran yang lebih matang, bijaksana dan seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee di majlis perasmian Program Jom Membaca Bersama Untuk Minit Pustaka Negeri Sarawak di sini pada Rabu.

Katanya, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan pembangunan inklusif dan manpan memerlukan rakyat Sarawak yang mempunyai pengetahuan dan berdaya saing.

Justeru tegas beliau, budaya membaca yang dipupuk kalangan rakyat Sarawak akan memberikan akses kepada maklumat yang relevan selain dapat mempelajari teknologi baharu, amalan terbaik dalam pelbagai bidang serta kaedah-kaedah untuk meningkatkan produktivi dan keberkesanan dalam pekerjaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan