Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan majlis pelepasan Konvoi ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025) di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini. Foto David Andreas (TVS)

Zahid rasmi pelancaran konvoi ASEAN Unity Drive 2025 di Jakarta

ByTVS

JAKARTA, 22 April: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan majlis pelepasan Konvoi ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025) di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke Indonesia.

Inisiatif bersejarah ini dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dengan kerjasama Proton, pengeluar kereta nasional Malaysia dengan menggunakan Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan elektrik rasmi.

Menurut Zahid ini turut melambangkan usaha Malaysia dalam memacu peralihan ke arah pengangkutan bersih dan lestari.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kukuh Malaysia dalam memperkukuh integrasi serantau, mempromosikan mobiliti lestari serta memajukan inovasi di seluruh Asia Tenggara,” kata Zahid dalam ucapannya.

Tambah beliau, ASEAN Unity Drive bukan sekadar sebuah ekspedisi fizikal, tetapi juga satu kenyataan berkuasa mengenai cita-cita kolektif rantau ini untuk mengintegrasikan kelestarian, inovasi dan kerjasama serantau dalam masa depan mobiliti.

Konvoi ini turut melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, kerajaan dan komuniti di seluruh ASEAN bagi mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat serta memperteguh aspirasi bersama ke arah pembangunan yang inklusif.

“Usaha ini bukan sahaja menonjolkan kepimpinan Malaysia dalam bidang kenderaan elektrik dan inovasi automotif, tetapi juga mencerminkan visi jangka panjang untuk membentuk ASEAN yang lebih berdaya tahan dan berpandangan jauh,” katanya lagi.

Konvoi AUD 2025 akan meneruskan perjalanan sejauh 9,000 kilometer merentasi sembilan negara ASEAN dengan destinasi seterusnya ialah Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Majlis turut dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Sarah Al Bakri Devadason. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan