Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Arus sungai yang deras disebabkan hujan lebat malam tadi menjadi cabaran dalam operasi mencari dan menyelamat(SAR) mangsa lemas selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Ulu Baram. Foto JBPM

Arus deras sukarkan SAR mangsa pikap hanyut di Long Jekitan

MIRI, 17 April: Arus sungai yang deras disebabkan hujan lebat malam tadi menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa tragedi pacuan empat roda (4WD) yang dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Ulu Baram pada Isnin lepas.

Komander Operasi, Nasir Razali berkata, selain itu kawasan kejadian tiada liputan GIRN, talian telefon dan internet.

” Kesukaran semasa operasi SAR yang memasuki hari ketiga hari ini ialah arus deras disebabkan hujan lebat disebelah malam tadi.

“Selain itu, kawasan kejadian tiada liputan GIRN, talian telefon dan internet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi SAR hari ini dimulakan jam 8 pagi selepas taklimat bersama agensi yang terlibat, Penghulu dan KK Long Jekitan.

“Sebanyak enam buah bot panjang turut digunakan dalam operasi ini yang melibatkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk kampung,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, mayat Vallerie Mentie Dawellies, 9, dijumpai penduduk kampung dan dibawa ke rumah keluarganya di Long Tikan pada Rabu.

Dengan penemuan mayat itu, seorang lagi mangsa yang juga bapanya masih hilang dan belum ditemui iaitu Dawellies Luing, 46, yang bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jekitan.

Difahamkan dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, Dawellies bersama isteri dan anak perempuan mereka telah menaiki kenderaan tersebut yang dipandu seorang penduduk tempatan.

Ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, kenderaan mereka telah terkandas menyebabkan enjin mati dan kemudian dihanyutkan arus deras.

Pemandu dan isteri Dawellies berjaya menyelamatkan diri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan