Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengurus China Energy Engineering Group Guangxi Electric Power Design Institute, Pang Tao ketika ditemui TVS di Bandar Pintar Kenyalang (KSC) Miri, hari ini. Foto TVS

Bandar Pintar Kenyalang bangunkan ladang solar pintar di Sarawak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 16 April: Usaha ke arah kelestarian tenaga di Sarawak semakin diperkasakan menerusi pembangunan ladang solar pintar di Bandar Pintar Kenyalang (KSC) hasil kerjasama strategik bersama China Energy Engineering Group Guangxi Electric Power Design Institute.

Timbalan Pengurusnya, Pang Tao berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen mereka dalam menyokong pembangunan tenaga boleh diperbaharui di peringkat global, khususnya di Sarawak.

“Fokus utama kami adalah dalam reka bentuk sistem kuasa elektrik serta pelaksanaan projek turnkey merangkumi pelbagai bidang seperti tenaga hidro, kuasa termal, dan tenaga baharu seperti solar dan angin.

“Ketika ini, kami membantu membangunkan bandar pintar melalui projek ladang solar pintar yang direka untuk menjana tenaga elektrik mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga bandar tersebut,” katanya ketika ditemui TVS semasa lawatan ke tapak projek Bandar Pintar Kenyalang (KSC) Miri, hari ini.

Terdahulu, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diadakan antara delegasi rasmi China Energy Engineering Group Guangxi Electric Power Design Institute dan Shandong Yutong Road and Bridge Group bersama Majlis Bandaraya Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan