Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Mahathir tiba di Masjid Negara memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. Foto, Afiq Johari (TVS).

Tun Mahathir imbau pertemuan pertama dengan Tun Abdullah di pasar raya

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 15 April: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara hari ini berkongsi detak pertemuan kali pertama mereka.

Dr Mahathir yang tiba bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Masjid Negara berkata, hubungan akrab mereka sudah terjalin sejak 1968.

Kata beliau, mereka bertemu di sebuah pasar raya di ibu kota.

“Saya sudah mengenalinya secara jauh sebelum saya menjadi perdana menteri.

“Saya bertemu dengannya di pasar raya pertama yang wujud di Kuala Lumpur. Kami sudah lama saling mengenali,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir memberikan pujian kepada Tun Abdullah atas kejayaan besar yang dicapai negara ketika pentadbirannya berjaya membawa Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.

“Saya pilih beliau untuk menjadi pengganti saya. Alhamdulillah, apabila saya letak jawatan, ramai yang rasa gembira dengan peralihan pemimpin.

“Apabila diadakan PRU, di bawah pimpinannya, Allahyarham telah memberi kejayaan kepada BN yang tak pernah dicapai. Ini kejayaan Tun Abdullah,” katanya.

Tambahnya, Tun Abdullah turut memberikan contoh yang baik kepada generasi masa kini dengan peralihan kuasa secara aman selepas PRU 2008.

“Apabila kita bersara, kita berundur dengan baik dan menyerahkan tanggungjawab kepada pengganti.

“Abdullah memberikan contoh yang baik untuk kita semua,” katanya.

Tun Abdullah yang sinonim dengan panggilan ‘Pak Lah’ meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 7:10 malam semalam.

Jenazahnya akan dikebumikan di Makam Pahlawan di sini, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan