Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pukul 7.10 petang tadi.

Tun Abdullah diberi Istiadat Pengebumian Negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 April: Jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan jenazah akan dibawa ke Masjid Negara pada 8 pagi dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.

“Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu di sini, malam ini.

Menurut JPM pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah baju kebangsaan berwarna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak serta bersongkok hitam dan ‘lounge suit’ gelap bagi bukan Islam.

Pakaian bagi pelawat wanita Islam pula adalah baju kurung/kebaya labuh warna gelap dengan selendang/tudung putih manakala bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih.

“Selain itu, pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai,” menurut JPM.

JPM juga memaklumkan bahawa semua bangunan di dalam jarak radius dua kilometer daripada Masjid Negara hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai istiadat pengebumian.

Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya semalam pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada pukul 7.10 malam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan