Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Foto fail Bernama

109 pemaju perumahan disenarai hitam KPKT

KUALA LUMPUR, 7 April : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Jabatan Perumahan Negara telah menyenarai hitam 109 pemaju perumahan yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata kementerian tidak akan bertoleransi terhadap kesalahan pemaju bagi melindungi hak dan kepentingan pembeli rumah.

Kata beliau, pemaju yang gagal mematuhi peraturan bukan sahaja akan disenarai hitam malah turut berdepan denda.

“Tindakan ini menunjukkan mesej bahawa Kerajaan MADANI tidak akan bertoleransi terhadap aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Persidangan Projek Perumahan Mampu Milik ke-14, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kebanyakan pelanggaran peraturan melibatkan kegagalan untuk mengemukakan laporan status pembangunan serta laporan audit.

“(Ini) termasuk kunci kira-kira dan penyata untung rugi sesebuah pemaju kepada pihak berkuasa.

“Sebanyak 471 notis telah dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara pada tahun lalu, dengan jumlah denda sebanyak RM9.03 juta,” katanya.

Selain itu jelasnya sebanyak 56 kompaun beserta denda RM1.25 juta telah dikeluarkan pada dua bulan pertama tahun ini.

“Pemaju yang dikenakan tindakan perlu menyelesaikan bayaran denda yang tertunggak bagi membolehkan mereka memperbaharui lesen untuk terus beroperasi,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan