Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini kembali dibuka susulan banjir kilat yang berlaku di Kampung Baharu, Sri Gading, Batu Pahat, pagi tadi. Foto APM Batu Pahat

Johor buka PPS semula susulan banjir kilat di Batu Pahat

ByBernama

JOHOR BAHRU, 5 April: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini kembali dibuka susulan banjir kilat yang berlaku di Kampung Baharu, Sri Gading, Batu Pahat, pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading yang dibuka pada pukul 10 pagi itu, menempatkan 99 mangsa daripada 34 keluarga.

“Sementara itu, satu sungai di Batu Pahat iaitu Sungai Senggarang berada pada paras amaran dengan bacaan 3.32 meter, selain dua sungai juga di Batu Pahat berada pada paras waspada iaitu Sungai Batu Pahat (2.30 meter) dan Sungai Lenik, Ladang Cha’ah (5.14 meter).

“Keadaan cuaca di semua daerah di laporkan cerah sehingga pukul 12 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan