Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (dua kanan) melihat keadaan mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights Oliver Loh Wei Han, yang kini dirawat di Hospital Putrajaya. Foto Bernama

Kebakaran Putra Heights: 46 masih dirawat, seorang di ICU – KKM

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Apr: Sebanyak 46 orang daripada keseluruhan 134 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 26 mangsa dirawat di hospital kerajaan termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang manakala 20 mangsa lagi di fasiliti swasta.

“Seorang lelaki berumur 65 tahun sedang dirawat di ICU setelah mengalami enam peratus partial thickness burn, chemical pneumonitis dan diaphragmatic hernia dan dirawat dengan high flow nasal cannula.

“Terdapat 14 pesakit di Hospital Putrajaya, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (enam), Hospital Kuala Lumpur (empat), dan masing-masing satu pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang,” menurut data harian yang dikeluarkan KKM hari ini.

KKM turut memaklumkan aktiviti Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia, selain di Hospital Putrajaya (HPj) dengan 135 individu menerima intervensi MHPSS.

Antara intervensi yang dilaksanakan adalah relaksasi, ekspresi seni dan kemahiran asas psychological first aid (PFA). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan