Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Envato

DBKU bertindak segera tangkap anjing merayau di Kampung Buntal

KUCHING, 4 April: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bertindak segera bagi menjalankan operasi menangkap anjing merayau di Kampung Buntal susulan daripada maklum balas orang awam berkenaan kejadian serangan serta gigitan anjing merayau di kawasan itu.

DBKU dalam kenyataan menjelaskan, pihaknya aktif membanteras anjing merayau bagi memastikan keselamatan warga kota di beberapa kawasan tumpuan yang telah dikenal pasti melalui maklum balas awam dan rondaan pasukan tangkapan anjing Bahagian Kesihatan Persekitaran DBKU.

“Hasil daripada operasi ini kira-kira empat ekor anjing berjaya ditangkap pada Rabu di lokasi berkenaan.

“Operasi ini juga dijalankan bagi mengurangkan risiko gigitan anjing, penyebaran penyakit seperti rabies, serta gangguan terhadap penduduk,” menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, pada tahun 2024, sebanyak 1,282 ekor anjing terbiar telah ditangkap membawa purata kepada 107 ekor sebulan.

Manakala bagi tahun 2025 pula, setakat Mac sebanyak 282 ekor telah ditangkap iaitu purata 94 bagi tiga bulan pertama.

DBKU amat berterima kasihdi atas maklum balas yang diterima daripada warga Kuching dan memberi jaminan setiap maklumbalas akan disiasat dan diambil tindakan pada kadar segera.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan