Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan berbaris panjang di kawasan pangkatan Feri Paloh berikutan orang ramai mula pulang ke bandar. FotoTVS

Pangkalan Feri Batang Paloh kembali sibuk, orang ramai mula kembali ke bandar

DARO, 2 Apr: Aliran trafik di pangkalan feri Batang Paloh mula sibuk dan bergerak perlahan susulan warga di sini mula kembali ke bandar selepas meraikan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan TVS di lokasi mendapati kenderaan dari kedua-dua arah (Semop ke Sibu dan Serdeng ke Pulau Bruit) memperlihatkan kenderaan mula beratur panjang sejak awal pagi tadi.

Kebanyakan pengguna feri terdiri daripada mereka yang bekerja di bandar berhampiran seperti Bintangor, Sibu, Sarikei, Bintulu dan Kuching.

Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga lewat petang berikutan peningkatan jumlah kenderaan yang ingin menyeberangi Batang Paloh untuk ke destinasi masing-masing.

Seorang pengguna feri, Shamsul Rapi, 44, berkata dia dan keluarganya dari Pulau Bruit telah bersiap awal bagi mengelakkan kesesakan namun tetap menghadapi kelewatan akibat jumlah kenderaan yang ramai.

“Saya bercadang untuk bergerak sebelum subuh, tetapi nampaknya ramai yang mempunyai perancangan yang sama. Bagaimanapun, perkhidmatan feri berjalan perlahan dan petugas di sini berusaha memastikan kelancaran pergerakan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Sementara itu, TVS memaklumkan bahawa operasi feri ditingkatkan bagi menampung jumlah penumpang yang meningkat sepanjang tempoh perayaan ini.

Feri yang beroperasi di kawasan juga ditambah kepada tiga buah bagi mengurangkan masa menunggu namun tidak mampu menampung peningkatan mendadak bilangan kenderaan yang melalui kawasan itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk bersabar dan mengikut arahan petugas bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan.

Mereka juga disaran merancang perjalanan dengan baik dan mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Keadaan trafik dijangka kembali normal dalam tempoh satu atau dua hari selepas cuti perayaan berakhir.

Dalam pada itu, projek pembinaan Jambatan Batang Paloh kini sedang rancak dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan