Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

Kementerian Perpaduan Negara tegaskan tindakan tidak berperikemanusiaan di Central i-City Shah Alam

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

PUTRAJAYA, 25 Mac: Kementerian Perpaduan Negara hari ini menegaskan pendirian tegas mereka berhubung insiden yang berlaku di Central i-City Shah Alam, di mana seorang jurujual berketurunan Dayak telah dimaki dan diugut dengan kata-kata kesat hanya kerana syiling 50 sen.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, dalam kenyataan media hari ini, menyatakan bahawa tindakan tersebut jelas mencerminkan perbuatan tidak berperikemanusiaan yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang selama ini dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Lebih mendukacitakan lagi, insiden ini turut melibatkan perkataan berbaur perkauman yang seharusnya tidak wujud dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama kita.

“Setiap individu di negara ini berhak untuk dihormati tanpa mengira latar belakang etnik, agama, atau status sosial mereka,” menurut kenyataan itu.

Beliau menegaskan bahawa kementeriannya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana kaum di negara ini, tindakan bersifat perkauman dan tidak bertamadun seperti ini perlu ditangani dengan serius.

Aaron juga menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Saya juga ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar terus menjaga keharmonian dan perpaduan yang telah lama kita bina.

“Setiap individu mempunyai peranan penting dalam memastikan negara ini terus maju dengan penuh kasih sayang, hormat-menghormati dan saling memahami antara satu sama lain,” tambah kenyataan itu lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan