Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DSP Junical Ujal (tengah) bersama anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit sempena Hari Polis ke-218 di Kanowit, hari ini.

IPD Kanowit terus komited perangi jenayah, perkukuh hubungan dengan masyarakat

KANOWIT, 25 Mac: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit terus komited dalam usaha membanteras jenayah dan mengekalkan ketenteraman awam dengan memperkukuh hubungan bersama masyarakat setempat, kata Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Junical Ujal.

Berucap sempena sambutan Hari Polis ke-218 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kanowit hari ini, beliau menekankan kepentingan kerjasama erat antara polis dan komuniti dalam menangani pelbagai cabaran keselamatan di daerah itu.

“Modus operandi penjenayah kini semakin berubah. Selain itu, laluan masuk ke Kanowit yang menghubungkan daerah lain memudahkan pergerakan penjenayah.

“Faktor peningkatan individu menganggur juga menyumbang ke=pada kes jenayah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak polis menjalankan rondaan secara berkala serta menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

Dalam menangani kes curi motosikal yang sering berlaku, Junical berkata pihak polis menasihatkan pemilik kenderaan agar tidak cuai ketika meletakkan motosikal di tempat awam dan memastikan kenderaan dikunci dengan selamat sebelum ditinggalkan.

Mengenai usaha membanteras jenayah lain termasuk penyalahgunaan dadah, beliau berkata PDRM Kanowit meningkatkan rondaan di kawasan berisiko tinggi selain melaksanakan operasi khas secara berkala.

Menurutnya, dalam usaha memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap PDRM, Kanowit telah melaksanakan pelbagai program komuniti seperti

“Community Policing’ di rumah panjang dan kampung secara berperingkat, selain ceramah serta sesi ‘Meet and Greet’ mengenai isu semasa dan trend jenayah terkini.

“Kami juga sentiasa menjalankan rondaan MPV, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan pemantauan di sekitar daerah Kanowit bagi memastikan keselamatan komuniti terus terjaga,” tambahnya.

Junical berharap masyarakat setempat dapat memainkan peranan lebih aktif sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha mencegah jenayah di peringkat komuniti.

“Kami akan terus memperkasakan anggota dengan latihan dan pengetahuan kepolisan yang selari dengan kehendak masyarakat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan