Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai ketika ditemui di sekitar Bandaraya Kuching. Foto TVS

Utamakan keselamatan semasa pulang beraya

ByWilly Jali

KUCHING, 24 Mac: Menjelang Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Sarawak sudah mula teruja terutama dalam membuat persiapan akhir menyambut lebaran.

Tinjauan TVS di sekitar Bandar raya Kuching mendapati bahangnya sudah mula terasa dalam meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Orang ramai titip pesan Hari Raya | TVS

Dalam suasana penuh kesyukuran ini, beberapa individu turut berkongsi pesanan dan harapan mereka kepada masyarakat terutamanya mengenai keselamatan perjalanan dan erti Syawal dalam kehidupan.

Bagi mereka Syawal bukan hanya mengenai sambutan tetapi juga tentang keberkatan, pengorbanan dan kebersamaan keluarga serta orang tersayang.

Mohamad Hairulnizam, 56, menekankan Syawal membawa makna cukup besar selepas sebulan mengharungi Ramadan.

“Syawal cukup bermakna bagi saya. Kita perlu menyambutnya dengan penuh kesederhanaan dan ketabahan. Tenangkan jiwa agar kita dapat menghayati bulan yang mulia ini dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui TVS di Kuching, di sini, hari ini.

Mohamad Hairulnizam ketika ditemui di sekitar Bandaraya Kuching. Foto TVS

Sementara itu, Abdul Malik Ibrahim Yusuf, 30, berkata, kepulangan ke kampung halaman untuk beraya bersama ibu bapa adalah sesuatu yang sangat dinantikan.

“Hari raya ini sangat bererti bagi kami yang masih mempunyai ayah dan ibu yang menunggu kepulangan kami. Ia adalah waktu untuk menyambut Syawal dengan keluarga dengan penuh keberkatan dan kesyukuran,” ujarnya.

Abdul Malik Ibrahim Yusuf ketika ditemui di sekitar Bandaraya Kuching. Foto TVS

Zakaria Ismail, 45, yang akan menyambut Syawal di Tawau, Sabah menekankan masyarakat perlulah mengutamakan apsek keselamatan ketika ingin pulang ke destinasi yang ingin ditujui.

“Jangan kelam-kabut ketika pulang ke kampung. Namun, perkara yang paling penting adalah berhati-hati ketika memandu.

“Pandulah dengan perlahan dan berhemat apabila ingin pulang ke kampung halaman. Ingatlah orang tersayang, semoga selamat sampai ke destinasi,” jelasnya.

Zakaria Ismail ketika ditemui di sekitar Bandaraya Kuching. Foto TVS

Senada dengan Zakaria, Alamsah, 47 yang turut menasihati masyarakat agar tidak melupakan pentingnya keselamatan sepanjang perjalanan.

“Pesanan saya kepada semua, berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung. Bawa kenderaan perlahan-lahan dan jangan terlalu laju,” katanya.

Alamsah ketika ditemui di sekitar Bandaraya Kuching. Foto TVS

Syawal bukan hanya tentang merayakan kejayaan selepas berpuasa,  ia juga waktu yang terbaik untuk mempererat tali persaudaraan selain bersyukur atas segala nikmat dan menjaga keselamatan bersama.

Ia adalah tentang bagaimana masyarakat dapat mengeratkan silaturahim, memperbaharui hubungan dengan keluarga dan mendalami nilai islam yang tulus.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan