Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelancong asing terbunuh dan dua lagi cedera selepas sebuah bot terbalik di perairan berhampiran pulau peranginan Bali, Indonesia. Foto AFP

Seorang pelancong asing maut, dua cedera bot terbalik di luar pantai Bali

ByBernama

JAKARTA, 23 Mac: Seorang pelancong asing terbunuh dan dua lagi cedera selepas sebuah bot terbalik di perairan berhampiran pulau peranginan Bali, Indonesia, kata seorang pegawai pada Sabtu, lapor Xinhua.

Bot yang membawa 13 orang, termasuk 11 warga Australia, dilanda ombak besar di luar kabupaten Klungkung pada Jumaat, menurut I Putu Widia Ada, ketua unit operasi agensi pengurusan dan mitigasi bencana di daerah itu.

“Seorang maut ketika dikejarkan ke hospital di bandar Denpasar, dan dua lagi cedera,” kata Ada.

I Nyoman Sidakarya, ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah Bali, memberitahu Xinhua bahawa pulau itu mengalami keadaan cuaca ekstrem ketika kejadian berlaku. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan