Meraikan Hari Raya Aidilfitri, setiap tahun sudah menjadi lumrah untuk TVSĀ mengeluarkan filem pendek istimewa untuk tontonan ramai. Buah tangan pada tahun ini, ‘Raya di hati’ yang merupakan hasil terbitan anak Sarawak yang berdasarkan kisah sebenar yang terjadi semasa zaman menuntut di Universiti.
Filem pendek itu, menyaksikan TVS menampilkan pelakon dan model Nurel Bahrin yang berasal dari Kuching, Sarawak. Nurel yang popular selepas memenangi Dewi Remaja 2023, turut digandingkan dengan Duyung yang berasal dari Sabah.
Filem pendek tahun ini membawakan mesej positif dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, menyentuh kesatuan dalam kepelbagian. Walau berlainan agama, bulan Ramadan turut diraikan bersama.
Menurut penulis skrip selaku pengarah dan penerbit bersama, Ain Syuhada, sudah menjadi lumrah untuk pelajar-pelajar yang merantau di luar Sarawak untuk berjauhan dengan keluarga di musim perayaan. Disebabkan harga tiket penerbangan yg terlalu mahal, tidak semua pelajar dapat pulang untuk berpuasa malah untuk beraya bersama keluarga tercinta.
Penerbit cuba membayangkan kesunyian yang dirasa lebih-lebih lagi di musim raya. Tetapi kesunyian itu akhirnya diubati oleh satu patah pertanyaan. Apakah kesudahan kisah Raya di Hati? Nantikan tayangan unggul pada 31 Mac 2025 jam 8:15 malam, hanya di Saluran 122 TVS di platform MyTV, UnifiTV & ASTRO.
Tonton di youtube TVS Entertainment!
TAJUK: Raya Di Hati
Tarikh TAYANGAN: 31/3/2025 Monday
MASA: 8:15PM
Penulis skrip/Pengarah: Ain Syuhada
Director of Photography: QBal Harun
Penerbit bersama: Syahirah Redzuan
Pelakon: Nurel Bahrin, Duyung