Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kuching, Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri 2025 PERKIM. Foto TVS

Elak sifat benci, dengki dengan rezeki orang lain

KUCHING, 22 Mac: Sifat kebencian atau dengki dengan rezeki orang lain terutama ketika musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri perlu dielakkan bagi mengelak perpecahan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kuching, Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi berkata, sifat sebegitu harus dihindarkan kerana ia bukan sahaja memecah belahkan silaturahim sesama manusia malah turut memberikan imej buruk terhadap kesucian agama Islam.

“Beringatlah kita supaya tidak suka hati memecahbelahkan fikiran orang kerana kita orang Islam.

“Sekiranya ada rezeki kita bersyukurlah dan kalau tiada rezeki, kita pun kita harus bersyukur.

“Apa yang penting rezeki yang diterima kita itu halal, betul dan mengikut hukum hakam agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri 2025 PERKIM di sini pada Sabtu.

Seramai 40 penerima sumbangan terdiri daripada pelajar tahfiz, anak yatim, saudara baru, asnaf, warga emas dan golongan orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan berupa bakul makan serta barang persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan tersebut sebagai salah satu inisiatif PERKIM Cawangan Kuching untuk meraikan golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan agar dapat bersama merasai kemeriahan serta keseronokan menyambut lebaran kelak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan