Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata pada Majlis Serah Terima Jawatan Ketua Polis Daerah Sri Aman dan Ketua Polis Daerah Lubok Antu di Sri Aman, hari ini. Foto TVS

Pengalaman dan kebolehan Ketua Polis Daerah menerajui IPD dengan cemerlang

SRI AMAN, 20 Mac: Ketua Polis Daerah bertanggungjawab menangani isu berkaitan kualiti penyampaian perkhidmatan, isu kebajikan, masalah disiplin dan isu berbangkit dengan segera dan sebaik mungkin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, berkata beliau yakin dengan pengalaman dan kebolehan Ketua Polis Daerah, yang mampu menerajui sesebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dengan baik serta melaksanakan fungsinya secara efisien.

Beliau turut menyeru anggota dan pegawai polis memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Polis Daerah masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Serah Terima Jawatan Ketua Polis Daerah Sri Aman dan Ketua Polis Daerah Lubok Antu di Bilik Mesyuarat IPD Sri Aman, hari ini.

“Sentiasalah menjaga serta memelihara imej pasukan dalam menjalankan tugas dan perkhidmatan yang diamanahkan. Amalkan budaya kerja yang jujur, amanah, dan ikhlas kerana sifat-sifat mulia inilah yang mampu menjadikan kita seorang pegawai polis yang berwibawa dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat,” ujarnya.

Sebagai pasukan penguatkuasa utama di negara ini, polis sentiasa menjadi perhatian setiap lapisan masyarakat.

Katanya, visi dan misi yang diperjuangkan haruslah selari dengan kehendak pucuk pimpinan demi memastikan keamanan dan kemantapan integriti di setiap lapisan warga PDRM.

Terdahulu, Mancha menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Sri Aman daripada DSP Mathew Manggie kepada Superintenden Dennis Bunyam.

DSP Mathew Manggie, yang memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Sri Aman sejak Julai 2023, akan berpindah tugas ke Ibu Pejabat Polis Saratok.

Sementara itu, DSP Victor Ripon, yang berkhidmat sejak 1 November 2021 sebagai Ketua Polis Daerah Lubok Antu, akan berpindah tugas sebagai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan