Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norline Anak Saban, 38, (kiri) dan suami, Ningkan Anak Dickie, 36, mengucapakan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan derma bagi pembedahan anak tunggal mereka, Nathalie Amanda Anak Ningkan. Foto One Hope Charity & Welfare

Pembedahan jantung Nathalie Amanda berjaya dilaksana hasil sumbangan orang ramai

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 20 Mac: Bayi perempuan berusia sebulan, Nathalie Amanda Anak Ningkan yang mengalami kecacatan jantung kongenital selamat menjalani pembedahan semalam.

Pengerusi badan amal One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pembedahan bayi dari Bau, Sarawak itu berjaya dilaksanakan di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur.

Katanya, prosedur yang mengambil masa kira-kira empat jam itu turut ditemani ibu bayi, Norline Anak Saban, 38, dan bapanya, Ningkan Anak Dickie, 36.

“Pembedahan pertama jantungnya telah bermula pukul 9.30 pagi (semalam) dan selesai kira-kira pukul 1 petang.

“Seterusnya pembedahan kedua akan dilaksanakan ketika keadaan bayi stabil,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Bayi perempuan perlukan bantuan dana RM120,000 untuk pembedahan jantung

Menurut Sui Hau, pembedahan itu dapat dilaksanakan mengikut jadual semalam hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin.

“One Hope Charity & Welfare yang bertanggungjawab membantu mengutip derma RM120,000 berjaya mengumpul dana yang diperlukan dalam tempoh 8 jam 52 minit sahaja selepas dilancarkan semalam.

“Ini menunjukkan sifat rakyat Malaysia yang pemurah dalam membantu insan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Ibu bapanya turut mengucapkan terima kasih kepada semua kerana membantu bagi anak tunggal mereka itu,” katanya lagi.

Terdahulu, TVS pada Rabu melaporkan, keluarga Nathalie Amanda merayu bantuan dana orang ramai sebanyak RM120,000 bagi menjalani pembedahan jantung.

Bayi itu dikesan menghidap beberapa masalah jantung yang serius termasuklah transposisi arteri besar (TGA), kecacatan septum ventrikel (VSD), penyempitan aorta dan hipoplasia aorta.

Nathalie Amanda telah diterbangkan dari Kuching ke Kuala Lumpur yang dibiayai pihak hospital di Sarawak pada 17 Mac lalu bagi menjalani pembedahan di sebuah hospital pakar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan