Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
NASA melaporkan paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024. Foto hiasan Envato

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan 2024

ByBernama

WASHINGTON, 14 Mac: Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) pada Khamis melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, didorong oleh fenomena pengembangan terma air laut serta pencairan lapisan ais dan glasier, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut analisis NASA, kadar kenaikan tahunan paras air laut tahun lalu ialah 5.9 milimeter berbanding jangkaan 4.3 milimeter, menjadikan 2023 sebagai tahun paling panas dalam rekod.

Secara keseluruhan, kadar kenaikan paras laut meningkat dua kali ganda dalam tempoh 30 tahun, dengan paras laut global meningkat sebanyak 10 sentimeter (cm) sejak rekod satelit mengenai ketinggian paras laut bermula pada 1993.

“Kenaikan yang kita lihat pada 2024 lebih tinggi daripada jangkaan.

“Setiap tahun ada sedikit perbezaan, tetapi apa yang jelas ialah paras lautan terus meningkat dan kadar kenaikan semakin pantas,” kata penyelidik di Makmal Pendorongan Jet NASA, Josh Willis.

Pada 2024, kenaikan paras laut terutamanya disebabkan oleh pengembangan terma, berbanding trend sebelumnya yang menyaksikan glasier dan lapisan ais mencair sebagai penyumbang utama.

“Dengan 2024 menjadi tahun paling panas dalam rekod, lautan Bumi turut mengalami kesan yang sama, mencapai paras tertinggi dalam tiga dekad,” kata Nadya Vinogradova Shiffer dari NASA.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan