Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Kelantan akan mengenakan denda sehingga RM2,000 terhadap individu yang membuang sampah pukal secara tidak terkawal terutama dalam tempoh persiapan menyambut Aidilfitri pada awal April depan. Foto Majlis Daerah Tumpat (FB)

Kelantan kenakan denda RM2,000 bagi pembuangan sampah pukal tidak terkawal

ByBernama

KOTA BHARU, 13 Mac: Kerajaan Kelantan akan mengenakan denda sehingga RM2,000 terhadap individu yang membuang sampah pukal secara tidak terkawal terutama dalam tempoh persiapan menyambut Aidilfitri pada awal April depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata tapak pelupusan sampah pukal di seluruh negeri akan beroperasi 24 jam sepanjang Ramadan dan persiapan Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai membuang sampah dengan lebih teratur.

Menurutnya langkah ini diambil bagi mengelakkan sampah pukal dibuang ke dalam tong sampah domestik yang boleh menyebabkan masalah kebersihan di negeri itu.

“Mereka yang membuang sampah pukal ke dalam tong sampah sedia ada boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.

“Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah pukal dengan bayaran RM20 bagi setiap lori untuk mengangkut barangan seperti tilam, perabot, peti sejuk, televisyen dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program T.E.C – Isuzu Iftar Ramadan di sini hari ini.

Hilmi turut menasihatkan orang ramai supaya menghubungi pihak berkuasa tempatan masing-masing sebelum membuang sampah pukal di kawasan kediaman mereka bagi mengelakkan dikenakan denda.

“Kita juga menyarankan agar sampah pukal dibuang pada waktu siang bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan