Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sampul duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 yang disediakan Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Kementerian Pengangkutan Sarawak perkenal sampul duit raya

KUCHING, 12 Mac: Berikutan kejayaan Kementerian Pengangkutan Sarawak dalam memperkenalkan sampul merah pada perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kementeriannya juga memperkenalkan sampul duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut beliau, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan keselamatan jalan raya, terutamanya pada musim perayaan.

“Sampul duit raya menampilkan ilustrasi kartun berwarna-warni yang mewakili mod pengangkutan Sarawak yang pelbagai, termasuk pengangkutan AirBorneo, darat dan sungai.

“Dengan tema hijau zamrud yang melambangkan kemakmuran dan keharmonian, ia turut menyepadukan elemen Aidilfitri. Di belakangnya, terdapat mesej tentang keselamatan jalan raya,” katanya pada sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya Hari Raya 2025 di sini, hari ini.

Kim Shin berkata, mereka yang berminat boleh mendapatkan sampul tersebut dari pejabat residen terdekat mulai minggu hadapan.

Beliau juga menggalakkan orang ramai untuk berkongsi mesej keselamatan tersebut dengan keluarga dan rakan sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif tersebut.

Dalam perkembangan lain, Lee memaklumkan kementeriannya akan meneruskan inisiatif penganjuran semula Sarawak Traffic Games berikutan kejayaan program tersebut di Miri pada November tahun lepas.

Inisiatif itu akan diteruskan dengan dua siri acara tahun ini, iaitu di Kuching pada April disusuli Sarikei.

Katanya, Pejabat Residen akan berkhidmat sebagai penyelaras bahagian, bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan tempatan untuk memastikan kejayaan program tersebut.

Jika acara tersebut mendapat sambutan yang positif, Kementerian Pengangkutan Sarawak akan meneroka peluang untuk mengembangkannya ke bahagian lain dan membangunkan taman trafik baharu di seluruh Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan