Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Urgyen Rinchen Sim (tengah) bersama petinju nombor satu Malaysia Daeloniel “Kilat Boy” McDelon (kiri) dan pengurus Kilat Boy, Andrew Stephen Liew (kanan)

Dr. Urgyen, buka jalan petinju Asia ke gelanggang dunia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 12 Mac: Industri tinju Asia terus berkembang dengan kehadiran individu yang berjaya mengangkat bakat tempatan ke pentas dunia.

Peranan mereka bukan sekadar sebagai ‘promoter’, tetapi juga pencetus perubahan dalam sukan tempur.

Salah seorang tokoh utama dalam bidang ini ialah, Dr. Urgyen Rinchen Sim, yang juga dikenali sebagai “Al Haymon Asia”.

Beliau banyak membantu petinju dari Indonesia, Malaysia, dan Singapura mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Mengurus dan mempromosikan Chris John, juara dunia Super Featherweight pertama Indonesia (WBA), membantu Daud Yordan meraih gelaran dalam pelbagai kategori berat (IBO & IBA).

“Mempromosikan Ongen Saknosiwi, petinju Tentera Udara Indonesia (TNI AU), menjadi Juara Dunia IBA dalam kurang daripada 10 perlawanan, mengembangkan kerjaya petinju Malaysia dan Singapura seperti Muhamad “Southern Tiger” Farkhan, Daeloniel “Kilat Boy” McDelon, Hamzah Farouk, dan Amanda Chan, yang semuanya bergelar Juara WBC Asia,” menurut maklumat yang diperoleh dalam satu kenyataan.

Sebagai bekas CEO XBC Sportech, beliau turut mengetuai program pencarian bakat yang berjaya melahirkan juara dalam masa singkat.

Pada 2023, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi WBC MuayThai & WBC MuayThai Indonesia, di mana beliau menganjurkan kejuaraan MuayThai profesional untuk memberi lebih banyak peluang kepada atlet Asia.

Dr. Urgyen Rinchen Sim bukan sekadar promoter, tetapi pemimpin yang komited dalam pembangunan sukan tempur di Asia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan