Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 di Kuching hari ini. Foto KPWK

Bantuan ringankan beban sambut Aidilfitri

ByAdlina Rahman

KUCHING, 11 Mac: Seramai 150 orang penerima bantuan bulanan kebajikan di Sarawak telah menerima bantuan berbentuk wang tunai RM100 beserta hamper makanan bernilai RM80 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan tersebut diberikan untuk meringankan beban kewangan golongan berkenaan serta tanda keprihatinan Kerajaan Sarawak.

“Tahun ini, seramai 4,465 klien kebajikan kita akan menerima wang tambahan sebanyak RM100 selain dari bantuan bulanan mereka. Untuk skim warga emas, jumlah bantuan tahun lalu iaitu RM500, kini telah meningkat kepada RM600.

“Bagi penerima Sumbangan Sejambak Kasih, terdapat 16,118 orang (keseluruhan) dan jumlah penerima terbesar datang dari kawasan Kuching. Ini kerana Kuching mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai, jadi penerima bantuan juga paling ramai,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) Semawi Mohamad.

Dalam pada itu beliau turut mendedahkan Kerajaan Sarawak, melalui JKMS, telah membelanjakan sebanyak RM49 juta kepada seramai 54, 384 penerima bantuan sepanjang Januari hingga Februari 2025 di seluruh negeri.

Daripada jumlah itu, beliau memberitahu bahawa golongan warga emas direkodkan sebagai penerima tertinggi berbanding kumpulan lain.

“Di bawah skim ini, penerima terbesar adalah dari skim warga emas. Kita jangka, apabila Sarawak menjadi negeri tua iaitu dengan 15 peratus warga emas.

Pada masa itu (dijangka tahun 2028), bilangan penerima bantuan bulanan untuk warga emas akan meningkat,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan