Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed. Foto Bernama

APM tambah syif, pantau 73 ‘hotspot’ di seluruh negara

ByBernama

KAJANG, 10 Mac: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menambah waktu kerja syif bagi melaksanakan 73 penugasan omnipresence di kawasan hotspot sepanjang bulan Ramadan di seluruh negara.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed berkata kawasan hotspot merangkumi bazar Ramadan, lokasi berbuka puasa, pusat beli-belah serta masjid dan surau.

“APM antara lima agensi yang terlibat bagi panggilan kecemasan MERS 999. Oleh itu, anggota kita asalnya akan ada tiga syif pada setiap hari.

“Namun pada bulan Ramadan ini, kita tambah kepada empat syif kerana penugasan di minimum 73 kawasan hotspot melibatkan kawasan dikunjungi ramai seperti di tepi pantai, pusat beli-belah serta padang. Ini bagi membolehkan kita memberi respons awal kepada kes-kes kecil seperti pitam atau tergelincir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Peluncuran Bulan Pertahanan Awam dan perasmian ‘Wacana Nasional: Struktur dan Hala Tuju Kesukarelawanan Malaysia’ yang dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Institut Semarak Felda di sini hari ini.

Aminurrahim berkata pergerakan anggota APM di kawasan hotspot sekurang-kurangnya dua anggota dan perlu membawa peti pertolongan cemas kerana sasaran utama adalah kes-kes berkaitan kesihatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan