Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bergambar bersama 10 pelajar Curtin University Malaysia yang menerima sumbangan komputer riba daripada Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (SUEF). Foto (TVS)

Sumbangan komputer riba ringankan beban pelajar universiti

ByVanessa Enjop

MIRI, 3 Mac: Seramai 10 pelajar Curtin University Malaysia menerima sumbangan komputer riba daripada Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (SUEF).

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Curtin Malaysia, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, inisiatif ini bukan sekadar pemberian alat elektronik, tetapi pelaburan dalam masa depan Sarawak.

“Kami meneliti rekod pelajar universiti dan memilih 10 pelajar yang paling layak serta menghadapi cabaran kewangan agar komputer riba ini dapat membantu mereka dalam usaha akademik mereka.

“Seperti yang kita semua tahu, pada masa kini, sebagai seorang pelajar, anda tidak boleh belajar tanpa komputer riba. Ia adalah alat yang sangat penting hari ini,” katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan komputer riba di Curtin University Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, inisiatif ini bukan sahaja membantu pelajar dalam perjalanan akademik mereka, tetapi juga seiring dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk membangunkan bakat tempatan dalam menghadapi ekonomi masa depan.

“Inisiatif ini sangat bermakna kerana ia menyasarkan pelajar yang menghadapi cabaran kewangan, memastikan mereka mempunyai alat yang diperlukan untuk berjaya dalam pelajaran mereka. Ini juga mempersiapkan mereka untuk menghadapi ekonomi digital dan sektor teknologi canggih yang semakin berkembang dan penting untuk masa depan Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, institusi pendidikan kini perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi terkini, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin.

“Kerajaan Sarawak juga komited untuk membangunkan bakat tempatan dan menyediakan peluang ekonomi baharu. Sebagai contoh, kami sedang menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin di Sarawak untuk membangunkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi,” tambahnya.

Kim Shin turut menjelaskan kerajaan turut komited untuk membangunkan bakat tempatan melalui pelbagai inisiatif termasuk penubuhan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin di negeri ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga menyasarkan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, dengan menumpukan kepada pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal dan vokasional.

“Justeru, pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti digalakkan untuk mengambil pendidikan teknikal atau vokasional. Bidang seperti kimpalan khas atau penyelenggaraan industri menawarkan peluang pendapatan tinggi, terutamanya di sektor luar pesisir.

“Masa depan sangat cerah bagi anda semua. Jangan lupa untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang cemerlang,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan