Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan dua lelaki untuk mengedar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang gagal, selepas aktiviti mereka dipatahkan pihak polis yang menahan mereka bersama 70 ketulan mampat ganja seberat lebih 73 kilogram di tepi Jalan Baiduri, Kepong di sini pada Selasa.

Polis patahkan cubaan seludup diesel, lelaki ditahan di stesen minyak

ByBernama

KOTA BHARU, 3 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak diesel selepas menahan seorang lelaki yang sedang mengisi minyak dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak dekat Pengkalan Kubor, Tumpat, Sabtu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, anggota Batalion 8 PGA yang menjalankan Op Taring Wawasan menahan suspek dan hasil pemeriksaan menemukan lebih 40 liter minyak diesel dalam pacuan empat roda yang dipandu lelaki itu.

Beliau berkata minyak berkenaan disyaki untuk diseludup ke Thailand melalui pangkalan haram di sempadan.

“Suspek seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun ditahan manakala nilai rampasan dianggarkan bernilai RM35,127.50 termasuk nilai kenderaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Hasil rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan