Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rahmat Fitri Abdullah

Individu pertengahan umur sasaran Love Scam

ByHaleyson Roland

KUCHING, 3 Mac: Penipuan cinta atau Love Scam masih menjadi antara jenayah siber yang semakin berleluasa di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Ia melibatkan taktik penipuan percintaan dalam talian dengan menggunakan identiti palsu untuk memperdaya mangsa demi keuntungan kewangan.

Penipuan yang melibatkan cinta dalam talian menjadi modus operandi mereka dalam memperdaya mangsa bagi mengaut keuntungan besar.

Malah, mereka turut menyamar sebagai individu berjaya seperti ahli perniagaan, pegawai tentera atau profesional dari luar negara.

Duta Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rahmat Fitri Abdullah berkata, sasaran utama kepada jenayah tersebut kebanyakannya merupakan individu pertengahan umur yang mudah ditipu atau dijerat.

“Dalam kes pelaburan dan Love Scam menyasarkan mereka. Kebanyakan warga emas, mereka ini kesunyian dan tiada pasangan,” katanya ketika ditemu bual dalam program Dialog TVS dengan topik Ligatnya Scammer.

Menurutnya, individu pertengahan umur yang kurang didedahkan dengan teknologi digital terutama media sosial menyebabkan mereka mudah diperdaya.

“Keseronokan ini yang menjerumuskan warga emas yang tidak pernah dipuji paras rupa mereka dan kemudian pada umur 79 tahun dipuji cantik atau kacak oleh orang warga asing sekali gus menyebabkan mereka kemaruk cinta,” ujarnya.

Rahmat berkata, warga emas tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka kurang pengetahuan dalam pengurusan media sosial sehingga menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian.

“Bagi warga emas, mereka yang menjadi mangsa masih tidak tahu, google pun tidak tahu. Jangan menyalahkan mereka kerana kurang cerdik atau kurang ilmu. Saya masih berfikir rasional, ini merupakan tanggungjawab kita untuk sampaikan ilmu ini kepada mereka,” jelasnya.

Bedasarkan statistik PDRM tahun lalu, seramai 173 warga emas berusia 61 tahun ke atas terjerat penipuan Love Scam.

Jumlah kerugian bagi penipuan Love Scam meningkat daripada RM43.9 juta pada 2023 kepada RM45.9 juta pada 2024.

Daripada 770 kes Love Scam yang dicatatkan tahun lalu, 75.6 peratus atau 582 mangsa membabitkan wanita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan