Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
FIFA menarik balik penggantungan ke atas Persekutuan Bola Sepak Pakistan yang dikenakan pada 6 Februari 2025, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan

ByBernama

ISLAMABAD, 3 Mac: FIFA menarik balik penggantungan ke atas Persekutuan Bola Sepak Pakistan yang dikenakan pada 6 Februari 2025, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun selepas menolak pindaan yang disyorkan FIFA terhadap peraturannya.

Minggu lepas, badan induk itu mengadakan kongres luar biasa di Lahore dan meluluskan reformasi secara besar-besaran, membolehkannya menyertai pusingan kelayakan Piala Asia AFC 2027.

Pasukan Pakistan dijadual menyambung semula penyertaan dalam kejohanan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia bulan ini susulan penarikan balik penggantungan itu.

Pakistan akan memulakan kempen dengan menentang Syria pada 25 Mac dalam Kumpulan E.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada FIFA dan AFC atas sokongan berterusan mereka terhadap bola sepak Pakistan serta mengucapkan tahniah kepada komuniti bolasepak negara ini,” menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Pakistan menerusi media sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan