Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer. Foto fail AFP

Eropah hadapi ujian keselamatan sekali dalam satu generasi, kata PM UK

ByBernama

LONDON, 3 Mac: Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer menyifatkan situasi semasa sebagai “satu ketika sekali dalam satu generasi bagi keselamatan Eropah”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam ucapan pembukaannya pada Sidang Kemuncak Ukraine di London, beliau menegaskan komitmen UK untuk terus menyokong Kyiv dalam peperangan berterusan dengan Rusia.

“Kami semua bersama anda, bersama Ukraine, selama mana yang diperlukan,” katanya, sambil menekankan kepentingan solidariti dengan Ukraine dalam tempoh kritikal ini.

Starmer menegaskan bahawa akibat daripada konflik ini bukan sekadar persoalan moral antara benar dan salah, tetapi isu penting bagi keselamatan semua negara Eropah.

“Mendapatkan hasil yang baik untuk Ukraine adalah penting bagi keselamatan setiap negara di sini, dan banyak lagi yang lain,” katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin negara Baltik, mengakui kerentanan mereka serta peranan penting mereka dalam perbincangan keselamatan Eropah secara keseluruhan.

Sebagai sebahagian daripada kepimpinannya dalam sidang kemuncak itu, Starmer menyatakan hasratnya untuk merangka pelan komprehensif bagi masa depan Ukraine, yang kemudian akan dibincangkan dengan Amerika Syarikat bagi memastikan pendekatan global yang bersepadu.

“Kami akan mengusahakan pelan untuk Ukraine dan melaksanakannya bersama,” katanya.

Perbincangan sidang kemuncak ini akan tertumpu kepada usaha mencapai “keamanan yang adil dan berkekalan” di Ukraine, menurut Starmer.

Beliau turut menegaskan bahawa meskipun Rusia sering mengutarakan retorik mengenai keamanan, tindakan mereka di lapangan – khususnya “pencerobohan berterusan” – membuktikan bahawa sokongan kepada Ukraine mesti diteruskan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan