Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menggunakan Identiti Digital Malaysia (MyDigital ID) bagi semakan dan permohonan baharu STR bermula hari ini. Foto LHDN

Akses portal STR guna MyDigital ID bermula hari ini – LHDN

ByBernama

PUTRAJAYA, 1 Mac: Pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menggunakan Identiti Digital Malaysia (MyDigital ID) bagi semakan dan permohonan baharu STR bermula hari ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berkata langkah itu diambil selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Belanjawan 2025 mengenai kelebihan MyDigital ID sebagai pemudah cara utama dalam urusan digital rakyat dan berfungsi sebagai paksi kepada transformasi digital negara.

MyDigital ID merupakan identiti tunggal rakyat Malaysia dalam mengakses sistem-sistem yang disediakan oleh agensi kerajaan.

Seiring pengenalan tersebut, LHDN mula menggunakan MyDigital ID sebagai pilihan Single Sign On (SSO) untuk Sistem Percukaian MyTax LHDN (MyTax) dan Sistem Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR).

Penggunaan MyDigital ID sebagai pilihan SSO untuk sistem MyTax merupakan kemudahan pertama yang dibangunkan oleh LHDN dan telah mula dilaksanakan pada 1 Jan ini bagi fungsi carian Nombor TIN (Tax Identification Number).

LHDN memaklumkan sehingga kini 578,828 orang pengguna telah menggunakan MyDigital ID untuk mengakses perkhidmatan MyTax bagi carian Nombor TIN.

“Data ini menunjukkan tanda positif serta penerimaan pengguna terhadap kelebihan MyDigital ID yang dipercayai, selamat dan efisien digunakan,” menurut kenyataan itu.

Sebagai rekod, LHDM berkata 9,665,476 pengguna portal STR bakal menggunakan kemudahan ini dan dijangka jumlah pengguna akan bertambah seiring dengan permohonan STR yang dibuka sepanjang tahun.

LHDN ingin menasihatkan kepada pengguna atau pemohon bahawa mereka masih boleh menggunakan kedua-dua ID iaitu MySTR atau MyDigital ID untuk mengakses portal STR menerusi pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan