Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berucap pada sidang akhbar di Pelabuhan Lama Montreal di Montreal, Kanada, pada 19 Februari 2025. Foto AFP

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada

ByBernama

OTTAWA, 20 Feb: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City, kawasan yang paling padat penduduk di negara itu, lapor Xinhua.

Rangkaian kereta api ini akan merentasi kira-kira 1,000 km dan mencapai kelajuan sehingga 300 km/jam, dengan hentian di Toronto, Peterborough, Ottawa, Montreal, Laval, Trois-Rivieres dan Quebec City, kata Trudeau menerusi kenyataan media.

Menurut kenyataan itu, apabila beroperasi, masa perjalanan semasa akan dipendekkan separuh, membawa penumpang dari Montreal ke Toronto dalam masa tiga jam. Nama rasmi perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi ini akan dikenali sebagai Alto.

Cadence dipilih bukan sahaja untuk mereka bentuk dan membina, tetapi juga untuk membiayai, mengendalikan dan menyelenggara projek ini, menurut kenyataan itu.

Cadence adalah konsortium syarikat dengan kepakaran dan pengetahuan dalam reka bentuk, pembangunan dan pengendalian infrastruktur pengangkutan berskala besar, termasuk CDPQ Infra, AtkinsRealis, Keolis, SYSTRA, SNCF Voyageurs, dan Air Canada.

Pada November 2022, Kerajaan Kanada menubuhkan sebuah syarikat milik kerajaan, VIA HFR (sekarang Alto) untuk mengawasi projek itu. Alto dan Cadence akan menandatangani kontrak yang menggariskan terma bagi fasa seterusnya projek berkenaan, jelas kenyataan itu lagi.

Koridor Toronto-Quebec City diduduki 18 juta orang, 40 peratus daripada KDNK Kanada, lebih 700,000 pelajar, dan lebih 30 kolej dan universiti.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan