KUALA LUMPUR, 20 Feb: Video promosi penuh Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang merangkumi lima zon utama di seluruh negara akan dilancarkan pada 26 Februari depan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan video promosi tersebut akan berdurasi antara 30 hingga 40 minit merangkumi semua kawasan utama di Malaysia.
“Video promosi penuh akan lebih panjang terperinci dan terdiri daripada lima lima zon yang merangkumi setiap negeri.
“Video promosi ini akan dilancarkan pada 26 feb 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Dewan Rakyat hari ini.
King Sing berkata, inisiatif tersebut telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dengan nilai sebanyak RM1.9 juta melalui proses tender.
“(Saya ingin jelaskan yang) video promosi itu (video pertama) diberikan secara percuma tanpa sebarang caj.
“Video penuh untuk promosi melalui proses tender mendapat kelulusan kementerian kewangan dengan nilai RM1.9 juta serta lebih 200 video pendek akan dihasilkan,” katanya.
Pada masa beliau mengingatkan agar tidak ada pihak tertentu cuba untuk mempolitikkan pelancaran video itu. -TVS