Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rokok putih disyaki tidak berkastam yang dirampas menerusi serbuan ke atas sebuah premis di Sibu, baru-baru ini. Foto JKDM

Kastam sita rokok tidak berkastam, anggaran nilai termasuk cukai lebih RM1.5 juta

KUCHING, 19 Feb: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita 2 juta batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam dengan anggaran nilai termasuk cukai, sebanyak RM1,518,000.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata rampasan itu merupakan susulan serbuan ke atas sebuah premis bangunan di Lorong Tunku Abdul Rahman, Sibu pada 25 Januari lepas oleh sepasukan pegawai penguatkuasaan JKDM Sibu.

“Anggaran nilai keseluruhan barang kes berjumlah RM180,000 serta cukai yang terlibat berjumlah RM1,338,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, modus operandi kes ini adalah menyimpan dan menyembunyikan rokok yang disyaki barang larangan di dalam sebuah premis yang dipercayai dijadikan stor simpanan sebelum diedar kepada pelanggan.

Rokok adalah barang larangan bersyarat yakni pengimportannya tertakluk kepada permit import di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Kes masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yakni jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan