Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Filem Sarawak, Tegkang yang mendapat pujian ramai, akan ditayangkan di Netflix pada 28 Februari 2025.

Filem Tegkang bakal disiarkan di Netflix 28 Februari ini

ByAkma Salleh

KUCHING, 18 Feb: Filem Sarawak, Tegkang yang mendapat pujian ramai, akan ditayangkan di Netflix pada 28 Februari 2025.

Ini merupakan kejayaan besar bagi industri perfileman Sarawak, menjadikannya antara produksi tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Diterbitkan oleh MyContent Distribution, Tegkang mengisahkan perjalanan penuh emosi dengan berlatar belakangkan pergunungan Bario Sarawak.

Selain itu, filem ini turut mengangkat budaya masyarakat Kelabit yang unik, menyatukan elemen universal dengan tradisi tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir, pencapaian ini membuktikan kualiti dan potensi penceritaan Malaysia, terutamanya kisah-kisah dari Borneo yang mempunyai daya tarikan besar di pasaran global.

“Kami berasa amat bangga melihat Tegkang menempa nama di peringkat antarabangsa. Di FINAS, kami berbesar hati dapat menyokong filem ini melalui DKD dan akan terus komited dalam memupuk serta mengangkat industri kreatif tempatan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan pengiktirafan antarabangsa, termasuk Anugerah Pembikin Filem Pertama Terbaik di Lift-Off Sessions di London, filem ini menerima ulasan positif atas jalan ceritanya yang menarik dan sinematografi yang memukau.

Sokongan daripada FINAS, Kementerian Komunikasi Malaysia, dan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Sarawak menjadikan Tegkang satu pencapaian penting dalam dunia perfileman global.

Sehubungan itu, Penerbit Eksekutif, Lyn Nasihin, turut berkongsi keterujaannya mengenai tayangan global ini.

“Ini adalah saat yang membanggakan, bukan sahaja untuk pasukan Tegkang tetapi juga bagi Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.

“Matlamat kami sentiasa untuk menyampaikan kisah yang autentik dan penuh emosi sambil menampilkan keindahan landskap serta budaya Sarawak.

“Kami berharap ia akan menginspirasi lebih banyak kisah dari rantau ini untuk dikongsikan ke peringkat antarabangsa.” katanya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan