Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus memperjuangkan dan melindungi hak Sarawak mengikut lunas undang - undang. Foto TVS

PBB, parti yang patuh dengan undang-undang – Abang Johari

KUCHING, 16 Feb: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus memperjuangkan dan melindungi hak Sarawak mengikut lunas undang – undang.

Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan pendirian Sarawak berhubung haknya di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak, terutama berkaitan tanah yang terletak dalam senarai negeri.

“Tertakluk kepada peruntukan Artikel ini, semua harta dan aset yang sejurus sebelum permulaan perlembagaan ini diletakkan pada Baginda bagi maksud Tanah Jajahan Sarawak hendaklah pada permulaan kuat kuasa Perlembagaan ini terletak hak pada Negeri,” katanya ketika membacakan Perkara 47 Perlembagaan Negeri Sarawak.

Ketika penubuhan Malaysia pada 1963, semua kuasa dan aset di bawah Ratu, namun selepas berakhirnya era kolonial, kuasa itu katanya diserahkan kepada Sarawak termasuk tanah.

“Kalau tanah kuasa Sarawak, tanah tenggelam di laut, itu adalah tanah kita, bermakna pelantar benua adalah hak kita dari sudut undang undang.

“Sebab itu apabila di pelantar benua, jika hendak mengambil minyak dan gas, beri salam terlebih dahulu, mengikut undang undang,” katanya.

Atas sebab itu, kata Abang Johari, perkara ini dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama perkara yang melibatkan hak Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan