Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sharel Fikry dan Bruno Suzuki menjadi sandaran utama PDRM dalam final Piala Cabaran di Stadium MBPJ malam ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS), PDRM FC.

Final Challenge Cup: PDRM FC sedia ‘tembak’ Gergasi Merah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Juara bertahan, PDRM FC turun dengan misi untuk mempertahankan kejuaraan Challenge Cup yang dimenangi mereka di Kuching pada 2023 apabila bertemu Selangor FC malam ini.

Penyerang Sang Saka Biru, Bruno Suzuki berkata, dia turut mempunyai misi peribadi iaitu menjulang gelaran ketiganya selepas kali pertama mengecap nikmat bergelar juara pada 2019 ketika menyarung jersi Terengganu II.

Pemain kacukan Brazil – Jepun itu yang merupakan watak penting ketika PDRM FC menang edisi sebelum ini berkata, pasukan itu bermotivasi tinggi dan enggan melepaskan peluang terhidang mencipta sejarah.

“Saya rasa sangat bersemangat untuk perlawanan malam ini dan ini peluang kami untuk menunjukkan kemampuan pasukan.

“Rakan sepasukan juga mempunyai perasaan sama, kami akan beri 200 peratus untuk menang.

“Saya juga ada misi peribadi iaitu mahu memang piala ini untuk kali ketiga dan oleh itu perlu memberikan aksi terbaik,” katanya selepas latihan rasmi petang Jumaat.

Sementara itu bekas penyerang kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi berkata, dia mengharapkan tuah pada musim pertamanya bersama The Cops untuk menjulang piala berkenaan.

Namun akui bekas pemain kelab Thailand, Nakhon Ratchasima itu, mereka sedar cabaran getir memangdangkan Selangor FC merupakan pasukan yang sarat dengan pengalaman dan sejarah kejuaraan dalam Liga Malaysia.

“ Ya, jika kita tengok atas kertas (seperti) berpihak kepada Selangor tapi dalam final, apa sahaja boleh berlaku.

“PDRM FC sebagai team underdog akan berusaha membuat kejutan, saya berharap apabila menentang bekas pasukan saya (Selangor), pastinya saya hendak beri yang terbaik,” katanya.

Pengurus PDRM FC, Insp Mohd Shamsul Hisham Abd Razak pula tampak yakin akan kemampuan anak buahnya untuk mengekang asakan Selangor FC meskipun kedua – dua aksi final akan berlangsung di gelanggang lawan, Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

“Harapan kita untuk tahun ialah dapat kekalkan Piala Cabaran buat kali kedua berturut -turut.

“Tahun ini cabaran kita ialah bertemu pasukan hebat seperti Selangor, oleh itu kena buat persiapan rapi  tapi insya-Allah kita akan berhabis – habisan untuk final pertama esok,” katanya.

Sepak mula final pertama akan berlangsung pukul 9 malam ini dan aksi kedua menyusul pada 25 Februari.

Pada 2023, PDRM FC menjulang piala itu setelah mengecewakan Kuching City FC. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan