Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Dong Jong Cheng dari Universiti Fudan pada sidang media di Kuching, pada Isnin. Foto TVS

Universiti Fudan Kampus Sarawak beroperasi tahun ini

ByMadeline Dugat

KUCHING, 3 Feb: Universiti Fudan iaitu salah sebuah universiti perubatan terkemuka di China yang ditempatkan di Kenyalang Smart City (KSC) dijangka mula beroperasi tahun ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Imasa Dinasti Sdn Bhd, Teo Ah King berkata, satu kerjasama antara Kerajaan Sarawak dengan pelbagai pihak berkaitan akan dimeterai bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Menurutnya, kepimpinan Kerajaan Sarawak telah mengumumkan hasrat untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak di dalam bidang biodiversiti.

Universiti Fudan bakal beroperasi di Kenyalang Smart City Miri tahun ini | TVS

“Kita akan melihat tidak lama lagi pemeteraian rasmi antara Kerajaan Sarawak, Imasa Dinasti dan Universiti Fudan bersama institut makmal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi perbincangan Projek Muzium Biodiversiti Miri di Hotel Sheraton Kuching, pada Isnin.

Sementara itu, Profesor Dong Jong Cheng yang juga Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional Cina dan Barat Bersepadu Kolej Perubatan Klinikal Universiti Fudan yakin penubuhan kampus cawangan Sarawak dapat melatih generasi muda untuk memahami perubatan tradisional, perubatan bersepadu sekali gus melahirkan doktor berkelayakan dari Sarawak.

Selain itu, menurutnya, usaha tersebut juga dapat melatih generai muda mengangkat aspek penyelidikan perubatan berasaskan biodiversiti.

“Mula-mula kami cuba untuk menubuhkan institut dan muzium dan pada masa hadapan kami ingin menubuhkan universiti dan hospital pendidikan dan banyak lagi,” ujarnya.

Menurutnya, penubuhan unit penyelidikan di Sarawak adalah wajar untuk memahami aset dan biodiversiti Sarawak.

Dong Jong Cheng menyifatkan adalah lebih mudah untuk menjalankan penyelidikan di Sarawak terutama melibatkan perubatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan