Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Perhimpunan Tahunan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Persatuan Cina (UCA) Bahagian Sibu pada Sabtu. Foto Awang Azmil (TVS)

Sarawak bekerjasama dengan universiti terkemuka China bangunkan fakulti perubatan

ByFebbright James

SIBU, 2 Feb: Sarawak sedang dalam proses berunding dengan Universiti Fudan iaitu salah sebuah universiti perubatan terkemuka di China untuk menubuhkan sebuah kampus di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, universiti itu akan mengajar kedua-dua perubatan Barat dan Timur menggunakan biodiversiti Sarawak sebagai sumber.

“Kita masih lagi berunding untuk membangun sebuah fakulti perubatan dari Universiti Fudan yang mengajar kedua-dua perubatan Timur dan Barat.

“Seperti yang kita tahu, masyarakat Cina sangat hebat menghasilkan ubatan timur dan kita (Sarawak) kaya dengan sumber biodiversiti yang boleh dijadikan sumber untuk mempromosikan perubatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Tahunan Tahun Baharu Cina Gabungan Persatuan Cina Bahagian Sibu (UCA) pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berharap agar komuniti Cina di Sarawak menggunakan kepakaran mereka dan terus berganding bahu dalam membangun dan memajukan ekonomi Sarawak.

“Saya berterima kasih kepada komuniti Cina di atas sokongan anda dalam memperkukuhkan ekonomi dan sumber manusia.

“Sekarang kita berusaha dalam mempelbagaikan ekonomi kita kerana ini secara tidak langsung akan mencipta banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Katanya, Sarawak telah mengiktiraf sijil UEC yang membolehkan pemilik sijil berkenaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan mendapat pendidikan tinggi secara percuma -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan