Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Pelancaran Buku, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, "Pejuang Sejati Dari Rimba Ke Astana" danĀ  Buku "365 Days In Astana" di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Petra Jaya, Kuching malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tun Wan Junaidi kongsi perjalananan hidup menerusi buku Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana dan 365 Days In Astana

KUCHING, 2 Feb: Bukan sekadar dikenali sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berintegriti tinggi, tetapi juga sebagai seorang negarawan yang komited terhadap pembangunan Sarawak serta kemakmuran rakyatnya.

Itulah figura yang digambarkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terhadap insan yang amat disegani seluruh rakyat Sarawak, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Abang Johari, buku bertajuk Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana dan 365 Days In Astana tidak sekadar mendokumentasikan perjalanan kerjaya dan pencapaian Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi, tetapi juga mengangkat nilai kepemimpinan, ketabahan dan cinta akan tanah air.

“Saya percaya buku ini juga dapat menjadi dokumen sejarah yang mengisahkan beberapa era yang dilalui oleh negeri Sarawak sebelum, selepas Malaysia dan dalam era pemerintahan kini.

“Saya berpendapat, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan. Buku 365 Days In Astana juga telah didokumentasikan dalam bentuk foto-foto dengan menghimpunkan gambar kisah perjalanan hidup beliau selama satu tahun sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak semenjak dilantik pada 26 Januari 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana dan Album 365 Days In Astana yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, malam ini.

Dalam pada itu, kata Abang Johari, kandungan buku yang lengkap dengan keterangan gambar yang cukup menarik serta lenggok bahasa yang tersendiri juga menarik minat para pembaca.

“Keikhlasan dan dedikasi beliau untuk membawa kemakmuran dan hak-hak Sarawak merupakan legasi yang tidak ternilai, yang akan terus dikenang sepanjang zaman,” katanya.

Abang Johari turut mengimbau kenangan bersama Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi pada tahun 1990 di mana dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ketika itu Tun Pehin Sri menang dengan cemerlang.

“Ketika itu, dalam Pilihan Raya Parlimen tahun 1990, arwah Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mencadangkan agar Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi menjadi salah seorang calon.

“Beliau kemudiannya diletakkan di kawasan Batang Lupar dan menang dalam Pilihan Raya dengan cemerlang,” ujarnya.

Terdahulu, dalam majlis tersebut Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melancarkan buku yang ditulis sendiri olehnya iaitu Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana dan 365 Days In Astana.

Sebelum ini, beliau juga menulis buku iaitu Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia Edisi Ketiga, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 15 Januari 2024.Ā – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan