MIRI, 2 Feb: Prihatin dengan nasib mangsa banjir di Miri, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tampil menyumbangkan bantuan dan menyantuni mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.
PETRONAS menyerahkan 400 pek sumbangan kepada mangsa banjir di Miri.
Bermula dengan sumbangan di pusat pemindahan sementara (PPS) Tudan, penyerahan sumbangan diteruskan di PPS Pujut Adong, sukarelawanan PETRONAS turut menyerahkan sumbangan di PPS Bekenu.
Sumbangan yang disampaikan merangkumi keperluan asas dan barangan penjagaan diri yang disempurnakan oleh Pengurus Besar PETRONAS Carigali Sdn Bhd – Sarawak Asset, Shamsawi Ahmad kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Lebih menarik lagi, penyampaian sumbangan di PPS Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada mangsa banjir.-TVS



