Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra di Negeri Haryana, utara India, lapor Xinhua memetik kenyataan polis. Foto hiasan Envato

1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India

ByBernama

NEW DELHI, 2 Feb: Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra di Negeri Haryana, utara India, lapor Xinhua memetik kenyataan polis.

Kemalangan berlaku pada Jumaat malam berhampiran Kampung Sardarewala di Daerah Fatehabad, kira-kira 201 kilometer ke barat Chandigarh, ibu negeri Haryana.

Menurut polis, kenderaan itu membawa 14 penumpang, namun seorang pemandu dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya menyelamatkan diri tetapi 12 penumpang lain dihanyutkan arus deras.

Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa yang hilang. Setakat ini, hanya satu mayat ditemukan dari terusan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan