Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petinju sensasi Sarawak Daeloniel Mcdelon Bong atau Kilat Boy kini berdepan cabaran getir apabila perlu menumbangkan petinju Filipina, Prince Andrew Laurio dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor 2025 pada 16 Februari ini.

Tiket ke IBA Intercontinental: Kilat Boy perlu tumbangkan petinju Filipina

ByLuqman Muhammad

JOHOR BAHRU, 1 Feb: Petinju sensasi Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong atau Kilat Boy kini berdepan cabaran getir apabila perlu menumbangkan petinju Filipina, Prince Andrew Laurio dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor 2025 pada 16 Februari ini.

Kilat Boy berkata, kemenangan yang diburu itu juga bakal membuka pintu kepada ‘wild card’ untuk beraksi di IBA Intercontinental Champion, satu kejohanan berprestij yang mampu melonjakkan kariernya ke peringkat antarabangsa.

“Harapan saya untuk perlawanan kali ini adalah untuk memberikan yang terbaik dan berusaha sehabis baik di dalam gelanggang.

“Saya difahamkan bahawa jika saya memenangi perlawanan ini, kemungkinan besar, jika ada rezeki, insya-Allah, saya akan ditawarkan ‘wild card’ untuk bertanding di IBA Intercontinental Champion,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Dalam pada itu Kilat Boy meyakini mampu memberikan tentangan sengit, namun dalam masa yang sama enggan terlalu selesa atau tidak mahu mendabik dada.

“Setakat ini bagi saya, mungkin inilah antara lawan yang agak sukar juga, namun bukanlah yang paling sukar, tetapi bagi saya tetap mencabar dalam perlawanan setakat ini.

“Sebabnya kita semua tahu bahawa Filipina adalah sebuah negara yang mempunyai kuasa besar dalam sukan tinju.

“Sebelum ini saya sudah pernah bertarung dengan petinju dari Thailand, Indonesia, India, Bangladesh, dan Pakistan, tetapi ini adalah kali pertama saya akan berhadapan dengan petinju dari Filipina,” katanya lagi.

Menurut Kilat Boy, selepas hanya dua hari berehat daripada kejayaannya menumbangkan Baido Simanjuntak dari Indonesia pada Rentap Fighting Championship pada Januari lalu, dia telah kembali menjalani latihan intensif bagi menghadapi misi penting di Johor.

Kilat Boy bakal beraksi dalam kategori 55kg Super Bantamweight pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor 2025.

Kilat Boy turut menyeru rakyat Sarawak yang berada di Johor untuk hadir dan memberikan sokongan padu dalam perlawanan penting ini.

“Saya harap semua yang berada di Johor dapat turun dan menyaksikan sendiri perlawanan ini. Sokongan anda semua amat bermakna buat saya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan