Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Perhimpunan Tahunan Tahun Baharu Cina Gabungan Persatuan Cina Bahagian Sibu (UCA) di sini, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Abang Johari berkongsi berkaitan ekonomi Sarawak di Singapura 10 Feb ini

ByFebbright James

SIBU, 1 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendapat jemputan untuk berkongsi mengenai ekonomi Sarawak di Institut Yusuf Ishak (ISEAS), Singapura pada 10 Februari ini.

“Kita sangat bertuah kerana dapat berkongsi pandangan dengan dunia dan rakan kongsi mengenai ekonomi kita kerana kita beralih kepada ekonomi baharu.

“Tahun 2024 merupakan tahun terbaik bagi Sarawak apabila prestasi ekonomi kita sangat baik iaitu menjadi lima negeri teratas menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Kita juga berada pada kedudukan keempat dalam bidang ekspot di Malaysia ke negara luar.

“Saya berharap tahun 2025 ini akan sekali lagi menjadi tahun terbaik untuk Sarawak agar lebih maju,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Tahunan Tahun Baharu Cina Gabungan Persatuan Cina Bahagian Sibu (UCA) di sini, hari ini

Dalam pada itu, beliau berharap agar komuniti Cina di Sarawak menggunakan kepakaran mereka dan terus berganding bahu dalam membangun dan memajukan ekonomi Sarawak.

“Saya berterima kasih kepada komuniti cina di atas sokongan anda dalam memperkukuhkan ekonomi dan sumber manusia. Seperti yang anda tahu, Sarawak mengiktiraf mereka yang memiliki sijil UEC untuk belajar di universiti tempatan.

“Sekarang kita berusaha dalam mempelbagaikan ekonomi kita kerana ini secara tidak langsung akan mencipta banyak peluang pekerjaan. Kita telah berbincang dengan Jepun untuk mengeluarkan ammonia dan telah menghantar metanol ke China,” katanya.

Berdasarkan laman web Yusuf Ishak Institute, Premier Sarawak akan berkongsi pandangan tentang wawasan berani negeri Sarawak dan inisiatif strategik untuk masa depan yang mampan dan rendah karbon.

Beliau akan membincangkan pendekatan inovatif Sarawak untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi pesat dengan tanggungjawab alam sekitar, mengetengahkan bidang utama seperti pembangunan tenaga boleh diperbaharui, usaha penyahkarbonan, pengangkutan hijau, perancangan bandar dan pengurusan hutan.

Acara ini menawarkan peluang berharga untuk memahami bagaimana perjalanan Sarawak ke arah kemampanan dan neutraliti karbon boleh menjadi model untuk pembangunan di rantau ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan