Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Serian meningkat setakat pagi ini. Foto: APM Serian (FB)

Banjir: Mangsa meningkat, 5 PPS dibuka di Serian

ByWilly Jali

KUCHING, 29 Jan: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Serian meningkat setakat pagi ini.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, setakat jam 8:30 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Serian mencatatkan 509 orang.

Susulan daripada itu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Pangkalan Bau telah dibuka 7.40 pagi tadi bagi menampung mangsa yang terjejas.

Setakat ini sebanyak lima PSS telah dibuka di Serian.

Ia melibatkan PPSS Dewan Pangkalan Bau, PPS SK Pangkalan Sorak, PPS Dewan Kampung Lintang Baru, PPS Dewan Masyarakat Serian dan PPS SK Tanah Merah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan