Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan sepasang kekasih selepas disyaki terlibat menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Telok Kemang di sini semalam. Foto hiasan Envato

Polis siasat penemuan mayat bayi masih bertali pusat di Rawang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Polis telah membuka siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan di kawasan pekarangan Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang, Selangor, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah surau berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak polis pada 2.36 petang.

“Bayi yang masih bertali pusat itu lengkap berpakaian baju putih dengan tulisan ‘Pureen’ dan dibalut kain selimut. Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Noor Ariffin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp Siti Khatijah Ibrahim di talian 010-9073483 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126222. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan